IPOH, 30 Okt – Sebanyak 237 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) d?i seluruh negara terpilih untuk menerima peruntukan berjumlah RM15.4 juta bagi ?menaik taraf prasarana sekolah.

Menurut ?Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan berkata peruntukan itu disalur
menerusi Fasa Kelapan di bawah Pakej Rancangan Khas 2013/2014.
?
?Beliau berkata di Perak, 80 SJKT terpilih menerima peruntukan itu ?membabitkan sejumlah RM5.4 juta.

?”Peruntukan ini akan digunakan SJKT dengan cara yang terbaik untuk keperluan p?enambahbaikan infrastruktur, bangunan, kerja-kerja baik pulih kantin atau ?makmal ICT bagi memenuhi keperluan sekolah.

?”Saya berharap peruntukan ini tidak digunakan untuk menganjurkan aktiviti s?ekolah, rombongan sekolah atau mengadakan kem menghadapi peperiksaan. 

P?eruntukan ini spesifik untuk penambahbaikan dan penyelenggaraan sekolah,”katanya.?

Beliau ditemui media selepas menyampaikan cek kepada pengetua dan guru besar
sekolah terbabit di sini hari ini.
?
?Kamalanathan berkata kementerian menyedari peruntukan itu masih belum ?mencukupi untuk proses penambahbaikan dan penyelenggaraan sekolah kerana ia ?memerlukan kos yang agak tinggi.

?”Ini yang terbaik yang boleh diberikan oleh kerajaan persekutuan untuk ?meringankan beban, namun kerajaan akan sentiasa membantu dari semasa ke semasa ?mengikut keperluan.
?
?”Kami akan pastikan tiada sekolah yang tertinggal mendapat peruntukan ini d?an akan ia akan dimasukkan dalam senarai pada tahun depan,” katanya.-Sofea Nawar (WD MY)?
?

?

LEAVE A REPLY