MARAN, 23 Sept – Peruntukkan Untuk Generasi Ke Dua….FELDA memperuntukkan kira-kira RM500 juta bagi melaksanakan Projek Perumahan Generasi Kedua di 38 tanah rancangan milik FELDA seluruh negara.

Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, berkata projek fasa 1 membabitkan pembinaan 8,470 rumah sudah dimulakan dan 2,700 unit boleh disiapkan hujung tahun ini.

“Projek cetusan idea Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ini bertujuan memberi keselesaan kepada peneroka dan mula dilaksanakan di beberapa lokasi dengan sebahagian daripadanya boleh disiapkan selewat-lewatnya hujung tahun ini.

“Kita akan pastikan FELDA memenuhi tujuan asal penubuhannya sejak 60 tahun lalu.

“Saya yakin Perdana Menteri akan pastikan legasi (bekas Perdana Menteri) Tun Abdul Razak yang menubuhkan FELDA, terus menjaga kebajikan peneroka,” katanya.

Beliau berucap pada majlis Sambutan Hari Peneroka FELDA 2016 peringkat kebangsaan di perkarangan Stadium Tun Abdul Razak, dekat sini, sebentar tadi.

Majlis dirasmikan Perdana Menteri itu turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, dan kira-kira 15,000 peneroka. – WD MY

LEAVE A REPLY