KUALA LUMPUR, 5 April – Sejumlah RM10 juta diperuntukkan untuk membiayai 50 mahasiswa dan mahasiswi untuk melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) melalui program Pembiayaan Pendidikan Biro IPTS UMNO Malaysia.

Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang memenuhi syarat kelayakan digalakkan memohon melalui edaran borang yang boleh didapati di Bahagian UMNO masing-masing.

Pengumuman itu dibuat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim yang juga ahli Majlis Tertinggi UMNO selepas mempengerusikan Mesyuarat Biro IPTS UMNO Malaysia di Menara Dato Onn, PWTC. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY