ANKARA, 3 Ogos – Ganti….. Majlis Ketenteraan Tertinggi (YAS) bertindak menggantikan kepemimpinan tertinggi tentera laut, udara dan darat Turki, selepas satu mesyuarat penting hari ini, kira-kira setahun selepas cubaan rampasan kuasa yang gagal, lapor media tempatan Turki.

YAS menggantikan komander tentera darat, Jeneral Salih Zeki Colak; ketua tentera laut, Laksamana Bulent Bostanoglu dan komander tentera udara, Jeneral Abidin Unal.

“Salih akan diganti oleh Jeneral Yasar Guler yang kini menyandang jawatan Timbalan Ketua Turus, manakala jawatan Bulent akan diambilalih Naib Laksamana Adnan Ozbal dan Jeneral Hasan Kucukakyuz akan menggantikan Abidin sebagai komander tentera udara,” katanya.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat YAS yang dipengerusikan Perdana Menteri, Binali Yildirim dan ia akan dibentangkan kepada Presiden Recep Tayyip Erdogan, bagi mendapatkan kelulusan rasmi.

YAS hanya mengadakan mesyuarat sekali setahun tetapi ia adalah mesyuarat ketiga tahun ini sejak 15 Julai 2016, selepas insiden rampasan kuasa yang didakwa didalangi Fethullah Gulen yang kini berada di Amerika Syarikat. – WD MY