KUALA LUMPUR, 31 Jan – Naik……. Harga petrol RON95 dan RON97 naik sebanyak 20 sen bagi bulan Februari.

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas Malaysia (PESAMP), Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz mengesahkan bermula tengah malam ini, harga RON95 ialah RM2.30 seliter.

Ini adalah peningkatan sebanyak 20 sen berbanding harga pada Januari.

Harga RON97 pula akan dijual pada harga RM2.60 sen seliter iaitu kenaikan 20 sen dari Januari lalu.

Selain itu, harga diesel pula akan dijual pada harga RM2.15 seliter iaitu kenaikan 10 sen manakala diesel Euro 5 pula dijual pada harga RM2.25, kenaikan sebanyak 10 sen. – WD MY