PUTRAJAYA, 8 Feb – ┬áROS….Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta agar Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mempercepatkan siasatan berhubung dakwaan parti yang menyatakan Mesyuarat Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak sah.

Menurut Ahmad Zahid, pihaknya telah dimaklumkan bahawa siasatan berhubung dakwaan tersebut telah dimulakan dan beberapa tindakan sedang diambil bagi membolehkan pendaftaran parti itu dibuat.

“Siasatan telah dibuat dan mungkin penelitian dokumen sedang dilakukan. Kita berharap RoS bukan hanya memulakan (siasatan) malah mempertingkatkan bagi memenuhi (tindakan) terhadap aduan berkenaan,” katanya dalam sidang media.

Tambahnya, tahap kebolehpercayaan RoS cukup tinggi untuk melakukan siasatan terhadap penubuhan badan politik di negara ini.

Sebelum ini, beliau berkata, ROS perlu melihat semua aduan dan 47 daripada 249 aduan mempunyai elemen pelanggaran perlembagaan serta peraturan PPBM.

“ROS melaksanakan tugasnya secara profesional, tanpa kepentingan dengan mana-mana organisasi,” katanya.

RoS dilaporkan sedang menyiasat lebih 400 aduan yang diterima oleh jabatan itu berhubung isu AGM pertama PPBM dan akan mengambil masa yang panjang untuk menjalankan proses siasatan dengan terperinci. – WD MY