BEIJING, 3 Nov – Lawat Pusat Konservatori Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor melawat pusat konservatori muzik yang terkenal, ‘Central Conservatory of Music Middle School’ di sini yang melahirkan ramai pemuzik China yang masyhur.

Ditubuhkan pada 1957, ia adalah sekolah muzik yang utama di China, menyediakan pemuzik berbakat untuk mewakili negara itu ke luar negara dan menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa.

Antaranya adalah Guo Chang, Lu Siqing, Huang Bin dan Lang Lang, yang berjaya menggondol pelbagai anugerah dan kejuaraan dalam beberapa kejohanan muzik peringkat antarabangsa yang utama.

Rosmah, yang mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam lawatan rasmi enam hari ke China, pada Rabu mengadakan lawatan ke sekolah itu yang mempunyai 900 pelajar berusia lingkungan sembilan hingga 16 tahun, iaitu dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah.

Ketibaan beliau disambut Presiden Pusat Konservatori Muzik, Prof Yu Peng, pengetuanya, Prof Na Mula dan pegawai kanan sekolah.

Di beri taklimat ringkas mengenai sekolah itu mengiringi Rosmah, yang juga Penaung Permata Negara, melawat sekolah berasrama penuh itu yang menawarkan pengajian akademik dan latihan muzik.

Orkestra Tradisional dan Simfoni sekolah itu turut menyajikan persembahan istimewa selama setengah jam yang turut menyelitkan lagu Melayu, ‘Rasa Sayang’.

Sekolah itu mempunyai lima orkestra simfoni dan satu kumpulan koir dan mengajar instrumen muzik barat dan China, selain mengadakan program pertukaran dengan sekolah muzik luar negara. – WD MY