Majlis yang dihadiri kira-kira 100 tetamu itu diadakan di One More Shot Pond, Centennial Park di sini. Turut hadir, isteri Menteri Luar, Datin Seri Siti Rubiah Abdul Samad.

Rosmah berada di sini bagi mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia 2018 selama dua hari bermula semalam.-MY WD