KUALA LUMPUR, JUN 3:PELAKON….PELAKON Datuk Rosyam Noor menganggap pihak yang meminta agar pasar rayanya diboikot sebagai ‘tiada kerja lain nak buat’.

Menurutnya, meskipun ada saranan sebegitu, namun perniagaannya itu berjalan lancar.

“Ada yang mengutuk saya, tetapi alhamdulillah dalam masa bulan puasa ini jugak ALLAH beri rezeki berlipat ganda kepada saya, walaupun ada pihak yang cuba hendak memboikot tapi alhamdulillah 24 jam penuh sentiasa, meskipun saya belum lancarkan secara rasmi pasar raya saya,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas saranan pihak tertentu agar pasar raya ST Rosyam Mart diboikot gara-gara perbezaan haluan politik.

Mengulas lanjut, Rosyam yang terkenal dengan watak Castello itu turut melahirkan rasa terima kasih kepada mereka yang menyokong perniagaannya.

“Terima kasih yang ‘support’ bagi saya benda itu segelintir sahaja,  orang Melayu Islam tak sebegitu hanya mereka yang mungkin kekurangan akhlak melakukan perkara begitu,” katanya.

Dalam pada itu beliau turut menyatakan bahawa ada yang istimewa buat mereka yang mengunjungi pasar rayanya nanti.-MY WD