SERDANG, 10 Dis – Konsert….. Tapak D’lereng di Taman Pameran Pertanian
Malaysia Serdang (MAEPS), malam ini bergema dengan sorakan lebih 3,000 penonton
yang menyaksikan persembahan Konsert Rhythm of The Farmers (ROTF), di sini
malam ini.
Konsert, yang berlangsung kira-kira tiga jam itu dibarisi artis terkenal
tempatan seperti Man Bai, Khalifah Band, Projector Band dan Ali Tera Rosa,
berjaya memukau perhatian penonton dengan nyanyian lagu-lagu popular antaranya
‘Pasti Ada Kamu’, ‘Kau Ilhamku’, ‘Sudah Ku Tahu’ dan ‘Allah Yang Esa’.
Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad
Shabery Cheek.
Acara kemuncak ROTF adalah apabila penonton yang rata-ratanya terdiri
daripada golongan belia bersama-sama menyanyikan lagu tema Pameran Antarabangsa
Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016, ‘Hang Pi
MAHA’ didendangkan oleh Khalifah Band.
ROTF yang julung kalinya diadakan sempena penganjuran MAHA dan
berkonsepkan ‘agrotainmen’ bertujuan menarik masyarakat khususnya golongan
muda menceburi industri pertanian bagi menyokong pembangunan negara pada masa
hadapan. – WD MY