KEPALA BATAS, 31 Okt – Kesediaan untuk bersemuka secara langsung
di televisyen berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) merupakan
peluang keemasan untuk menerangkan dengan terperinci berhubung isu berkenaan,
kata bekas anggota Jawatankuasa Kira-Kira Kewangan Negara Datuk Seri Reezal
Merican Naina Merican.

Menurut Reezal Merican, yang juga Timbalan Menteri Luar, berkata ia adalah platform
terbaik bagi Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy
untuk memberi penjelasan terperinci tentang isu itu kepada Anggota Parlimen
Petaling Jaya Utara Tony Pua.

Selain itu, katanya tidak ada apa-apa yang perlu disembunyikan kerana ia
disiarkan secara langsung di televisyen dan terpulang kepada rakyat untuk
membuat penilaian.

“Saya menggesa kedua-dua pihak agar mengambil peluang ini dan biarlah rakyat
mengadili apa jua yang mereka sampaikan,” katanya kepada media selepas
merasmikan mesyuarat agung tahunan Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia ke-14,
hari ini.

Reezal Merican berkata demikian bagi mengulas kenyataan Arul Kanda yang
mengumumkan kesediaan beliau bersemuka dengan Pua secara langsung di televisyen
berhubung isu syarikat pelaburan negara itu, tanpa sebarang syarat selain
berharap ia diadakan secepat mungkin. -Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY