AMPANG, 5 APRIL – HEMPAP….. Rumah dua tingkat mengalami kerosakan selepas dihempap pokok di Lorong Permai Kampung Tasek Permai, Ampang, semalam.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norizham Mohd Nudin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.03 petang semalam.

Susulan itu, katanya, tujuh anggota menaiki sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, kita dapati sebatang pokok setinggi kira-kira 37 meter tumbang dan menghempap rumah itu.

“Kerosakan bahagian tingkat atas kediaman berkenaan dianggar 80 peratus,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – WD MY