KUALA LUMPUR, 16 Mac – Rundingan…. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, Malaysia akan mengadakan rundingan dengan Korea Utara mengenai konflik diplomatik termasuk usaha membawa keluar rakyat negara ini.

Najib berkata, pada masa ini rakyat Malaysia di negara itu berada dalam keadaan selamat.

“Apabila sampai pada masanya kita akan melakukan rundingan formal dengan Korea Utara.

“Sementara itu, kita mendapati bahawa rakyat kita di sana berada dalam keadaan keselamatan terjamin, tiada apa-apa kebimbangan, ” katanya ditanya mengenai perkembangan terkini mengenai konflik kedua negara di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Tanpa menyatakan tarikh rundingan formal itu, Perdana Menteri berkata sebarang perkembangan akan dimaklumkan kemudian. – WD MY