MOSCOW, 3 Sept – GELEDAH…… Russia memanggil diplomat Amerika Syarikat bagi membantah apa yang dikatakan rancangan pegawai AS untuk menggeledah kemudahan diplomatik negara itu di Washington yang ditutup.

Kementerian Luar Russia berkata, ia memanggil pemangku ketua misi AS, Anthony Godfrey dan menyerahkan kepada beliau ‘nota bantahan berhubung hasrat pihak berkuasa AS menggeledah’ perwakilan perdagangan negara itu.

“Kami menyifatkan ia adalah tindakan tidak sah yang dirancang ke atas premis diplomatik Russia tanpa kehadiran pegawai Russia dan ancaman memecahkan pintu depan adalah tindakan agresif.

“Ia mungkin digunakan perkhidmatan perisik AS untuk menyusun provokasi anti-Russia dengan meletakkan bahan mencurigakan,” kata kenyataan.

Kemudahan perdagangan di Washington di salah satu daripada tiga bangunan diplomatik, termasuk konsulat di San Francisco dan pejabat di New York, yang diarahkan dikosongkan oleh AS menjelang hari ini adalah perkembangan terbaru perselisihan kedua-dua negara.

Kementerian Luar, mendakwa ejen perisik AS merancang menggeledah konsulat di San Francisco. – WD MY