MOSCOW, 11 Ogos – Dakwa…… Presiden Russia, Vladimir Putin, membidas Ukraine yang didakwa cuba menceroboh dan melancarkan serangan di wilayah Crimea yang dipertikaikan.

Bagaimanapun, Kiev menafikan tuduhan itu.

“Ini adalah berita yang membimbangkan. Pasukan keselamatan kami menghalang pencerobohan ke wilayah itu oleh pasukan risikan dan sabotaj dari Kementerian Pertahanan Ukraine,” kata Putin kepada agensi berita Russia.

Putin turut menuduh pihak berkuasa di Kiev “mengamalkan keganasan” dan berikrar akan meningkatkan keselamatan di Crimea. – WD MY

LEAVE A REPLY