MOSCOW, 29 Mac – BUKTI……. Pihak Kementerian Luar Russia, hari ini menggesa London membuktikan pengintip Britain tidak meracun bekas ejennya di England, berkata ketiadaan bukti itu ia akan menganggap kejadian berkenaan sebagai cubaan membunuh warganya.

Hubungan antara London dan Moscow bertambah buruk dengan tindakan meracun bekas pengintip Russia, Sergei Skripal dan anak perempuannya, Yulia, di Salisbury.

Britain mendakwa Russia perlu dipersalahkan tetapi Moscow menafikan pembabitannya.

“Analisis ke atas semua keadaan membawa kami untuk percaya kemungkinan pembabitan perkhidmatan perisikan Britain dalam kes racun itu.

“Jika bukti meyakinkan yang berbeza tidak diberikan kepada Russia, kami menganggap kami berhadapan dengan cubaan membunuh rakyat kami sebagai hasil provokasi politik,” kata kenyataan kementerian. – WD MY