MOSCOW, 23 DIS – RAMAL….. Russia memberi amaran bahawa pembatalan perjanjian nuklear era Perang Dingin mungkin membawa kepada perlumbaan senjata dan konfrontasi terus antara beberapa rantau dunia, hari ini, selepas cadangan Moscow ditolak undian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Moscow mengemukakan resolusi menyokong Perjanjian Kuasa Nuklear Jarak-sederhana (INF) yang melarang Russia dan Washington daripada meletakkan peluru berpandu darat jarak sederhana di Eropah.

Kementerian Luar Russia berkata, PBB gagal mengundi memihak cadangan itu.

“Ia tamparan hebat kepada struktur keselamatan dan kestabilan global. Kini, tanpa INF, beberapa rantau dunia mungkin terjerumus dalam perlumbaan senjata atau konfrontasi langsung,” katanya. – WD MY