JAKARTA, 23 MEI – TEMBAK….. Polis anti rusuhan melepaskan gas pemedih mata terhadap perusuh di ibu kota Jakarta hari ini sebagai kekecohan baharu tercetus di jalan raya sejurus pengumuman rasmi keputusan pilihan raya Indonesia semalam.

Siren polis dibunyikan semasa kekecohan tercetus petang tadi di mana ribuan penunjuk perasaan melaungkan dan mengibarkan bendera Indonesia.

Segelintir daripada mereka melemparkan batu dan bunga api ke arah polis anti rusuhan yang berbaris di belakang pagar dawai berhampiran bangunan agensi pengawasan pilihan raya. – WD MY