KOTA KINABALU, 15 April – Kerajaan negeri memohon kepada kerajaan
pusat untuk memilih kontraktor tempatan di Sabah yang berwibawa untuk
melaksanakan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di negeri berkenaan.

Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Bobbey Ahfang Suan
berkata kerajaan negeri sudah mengemukakan permohonan mengenai perkara itu
kepada kerajaan pusat bagi memberi peluang kepada kontraktor tempatan terlibat
dalam projek itu seperti dilaksanakan di Sarawak.

Bobbey berkata kerajaan negeri bersama kerajaan pusat masih berunding
untuk menentukan model kewangan dan kaedah perolehan yang akan digunakan dalam
melaksanakan projek lebuh raya berkenaan.

Katanya piawaian yang akan diguna pakai bagi pembinaan Lebuhraya Pan Borneo
adalah piawaian yang disediakan Jabatan Kerja Raya (JKR) U5 bagi kawasan bandar,
manakala piawaian R5 bagi kawasan luar bandar.- (WD MY)

LEAVE A REPLY