SEREMBAN, 29 Mei – Perbuatan Khianat…. Pihak Polis mengesahkan kebakaran 44 kereta di sebuah bengkel di Kampung Ribu, Kuala Sawah, di sini tengah malam tadi, berpunca daripada perbuatan khianat.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun, berkata pasukan penyiasat kebakaran bomba dan forensik polis menemui bahan cecair yang dipercayai punca kebakaran itu.

“Bomba mengesahkan kebakaran itu bukan disebabkan faktor semula jadi atau litar pintas. Kerugian dianggarkan RM400,000,” katanya, hari ini.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan bencana dengan menggunakan api.

Dalam kejadian 12.30 tengah malam tadi, sebanyak 44 kereta yang diletakkan di perkarangan bengkel berkenaan musnah terbakar. – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY