Saifuddin meminta bantuan Najib dari semasa ke semasa

Saifuddin meminta bantuan Najib dari semasa ke semasa

451
0

KUALA LUMPUR, JAN 8: MEMUJI….Tindakan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengutarakan keresahan penjual telur berikutan kenaikan harga barangan itu dipuji Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penggua (KPDNHEP) Datuk Seri Saifuddin Nasution.

Saifuddin mengucapkan terima kasih atas makluman yang disampaikan Najib dan meminta beliau terus menjadi pengguna bijak dengan menyampaikan aduan kepada pihak kementerian.

Saifuddin melalui Twitternya berkata, Penguatkuasa KPDNHEP Wilayah Persekutuan akan mengambil tindakan terhadap aduan tersebut.

“Terima kasih atas makluman ini. Akan lanjutkan ke penguatkuasa WP Kuala Lumpur @mykpdnhep untuk siasatan lanjut.

“Terus menjadi pengguna bijak dan laporkan kepada kami,” kata Saifuddin.

Najib melalui Facebooknya semalam mendakwa peniaga merungut harga telur di pasaran telah naik.

Rungutan tersebut disuarakan kepada beliau ketika berkunjung ke Pasar Datuk Keramat pada pukul 8 pagi tadi untuk bertemu serta bersarapan dengan beberapa peniaga dan penduduk di situ.-MY WD