KUALA LUMPUR, 16 Sept – Selamat Hari Malaysia…… Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, sambutan Hari Malaysia 2016 semakin banyak yang berubah dan kekal serupa.

Beliau berkata, mungkin yang berubah ialah cara hidup, kemajuan negara dan banyak lagi, manakala yang kekal serupa adalah semangat cintakan negara dan kebersamaan sesama kita.

“Insya-Allah, hari ini saya berada di Bintulu bagi Sambutan Hari Malaysia 2016 pula. Saya percaya, semakin banyak yang berubah, banyak itu juga yang kekal serupa.

“Mungkin yang berubah cara hidup, kemajuan negara dan banyak lagi, tetapi kekal serupa adalah semangat cintakan negara dan kebersamaan sesama kita.

“Tidak berubah, malah akan terus bertambah semakin kukuh dari masa ke masa,” katanya dalam entri Facebooknya, hari ini.

Perdana Menteri turut berkongsi gambar Arkib Negara mengenai sambutan Hari Malaysia pertama pada 16 September 1963 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Yang di-Pertuan Agong bersama Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor Negeri dan pemimpin lain, serta lebih 30,000 rakyat hadir bersama menyaksikan perbarisan dan upacara gilang-gemilang meraikan permulaan sebuah negara baharu. – WD MY

LEAVE A REPLY