KUALA LUMPUR, 14 Nov – Kehadiran ribuan orang ramai pada majlis Penerangan Perdana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) dan Bajet 2016 adalah di luar jangkaan penganjur.

Majlis yang diadakan di Dewan Tun Hussein Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini menyaksikan semua kerusi di dalam dewan dipenuhi sehingga ada yang terpaksa berdiri bagi mendengar sesi penerangan yang bermula 8.45 pagi.

Orang ramai yang tidak dapat masuk ke dalam dewan itu pula dilihat sanggup duduk bersila di luar dewan dan menyaksikan majlis itu melalui tayangan layar putih.

Antaranya, agenda pembangunan ekonomi Bumiputera tetap terjamin di bawah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), kata Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, secara dasarnya,
pihak luar yang terlibat dalam rundingan perjanjian itu menerima dan mengiktiraf
kepentingan hak Bumiputera sebagai dasar penting Malaysia.

Mengambil contoh sektor pembinaan, katanya, pegangan 30 peratus hak
Bumiputera dalam sektor itu tidak akan terjejas.

“Kami UMNO memperjuangkan Bumiputera…saya dan rakan-rakan akan pastikan
dasar Bumiputera dipertahankan…30 peratus kontraktor Bumiputera dalam sektor
pembinaan, dan kita akan terus ada keutamaan margin.

“Dalam bidang pembinaan, kontraktor Kelas F jangan bimbang. Tahun pertama
dalam bidang pembinaan, apabila TPPA berkuat kuasa (kelak)…kontrak bernilai
RM380 juta ke bawah kami tidak buka kepada negara TPPA dan dalam bidang
pembinaan projek luar bandar di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah, tak terbuka kepada penyertaan asing,” jelasnya.

Selain itu, Mustapa berkata pembekal dan pengeluar Bumiputera akan terus
menikmati keutamaan harga bagi barangan dan perkhidmatan.

Mustapa juga menyangkal dakwaan sesetengah pihak kononnya TPPA adalah satu
bentuk penjajahan baharu Amerika Syarikat terhadap Malaysia.

“Ini adalah tidak betul sama sekali. Jika dilihat daripada angka pelaburan,
Malaysia menpunyai jumlah pelaburan di luar negara yang berjumlah RM522 bilion,
berbanding pelaburan asing di Malaysia yang bernilai RM477 bilion, setakat suku
tahun kedua tahun ini.

“Kehadiran syarikat dan profesional Malaysia di luar negara bukan bermakna
kita menjajah negara tersebut,” katanya.- Sofea Nawar(WD MY)

LEAVE A REPLY