BATU CAVES, 24 Jan – Jutaan penganut agama Hindu dari dalam dan luar negara berhimpun di Kuil Sri Subramaniyar Swamy untuk sembahyang dan membayar nazar sempena sambutan Thaipusam pada hari ini.

Sambutan bagi memperingati kelahiran Dewa Murugan turut diadakan secara meriah dengan pelbagai acara keagamaan oleh penganut agama Hindu di seluruh negara.

Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam pagi ini merasmikan sambutan Thaipusam di perkarangan kuil itu yang dipenuhi dengan penganut Hindu yang kebanyakannya memakai pakaian berwarna kuning yang melambangkan kesucian.

Sambutan hari Thaipusam, yang diadakan dalam bulan “Thai”, bulan kesepuluh dalam kalendar masyarakat India, turut dihadiri oleh pelancong tempatan dan asing, untuk merasai pengalaman sambutan itu yang dianggap unik dan terbesar berbanding beberapa negara lain.

Perarakan lebih 10 kavadi berwarna-warni antara yang menjadi tarikan utama pengunjung di Batu Caves pada Ahad. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY