KUCHING,1 Julai – Cuti Jika Raya Rabu…… Sarawak turut mengikut keputusan Kerajaan Persekutuan dengan mengisytiharkan 8 Julai sebagai pelepasan khas daripada bertugas kepada penjawat awam di negeri ini sekiranya Aidilfitri jatuh pada 6 Julai, kata Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem, hari ini.

Sekiranya Aidilfitri jatuh pada 6 Julai, 6 dan 7 Julai akan menjadi hari cuti umum manakala 8 Julai pula cuti tambahan, sekali gus memberikan penjawat awam cuti rehat selama lima hari termasuk hujung minggu pada 9 dan 10 Julai.

Bagaimanapun, katanya pelepasan khas daripada bertugas itu tidak terpakai sekiranya Aidilfitri diisytiharkan pada 5 Julai.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani berkata kerajaan negeri telah memutuskan untuk memberi bantuan kewangan khas Aidilfitri RM500 kepada semua penjawat awam di Sarawak seperti mana yang dilakukan Kerajaan Persekutuan.

“Ada yang telah dibayar manakala bakinya akan mendapat bayaran mereka tidak lama lagi sebelum Aidilfitri,” katanya.

Bayaran khas itu akan memberi manfaat kepada 28,000 penjawat awam, katanya pada sidang media selepas menghadiri raptai beberapa aspek Sukan Malaysia (Sukma) ke-18 yang mana Sarawak menjadi tuan rumah bermula 22 hingga 31 Julai ini. – WD MY

LEAVE A REPLY