KUCHING, 3 Mac- Ketua Menteri Sarawak,Tan Sri Adenan Satem berkata
Sarawak akan terus berunding dengan Petronas
untuk mendapatkan royalti lebih tinggi bagi minyak dan gasnya.

Menurut Adenan, beliau akan terus memperjuangkan perkara itu sehingga
mendapat respons positif daripada Petronas memandangkan minyak dan gas berkenaan
diperoleh dari perairan di luar pantai Sarawak.

“Saya telah berbincang dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)
dan pihak lain. Mereka bersikap terbuka tentang idea ini.

“Bagaimanapun, Najib minta saya menunggu dahulu berikutan kejatuhan harga
minyak di pasaran dunia sekarang,” katanya pada majlis makan tengah yang
diadakan bagi meraikan ulang tahun pertama beliau menjadi Ketua Menteri.

Beliau berkata setakat ini Sarawak mencapai beberapa kejayaan, termasuk
persetujuan Petronas baru-baru ini untuk memberi kontrak bernilai RM2.1 bilion
kepada firma tempatan

“Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Kita tidak boleh
menjadi penonton sahaja, kita kena jadi peserta,” kata beliau.-Rizalman Has (WD MY)

LEAVE A REPLY