SERDANG, 25 Mac – MAHA 2016 yang di anjurkan dijangka menjana pulangan RM200 juta hasil daripada aktiviti dagangan dan pemadanan perniagaan.

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016 Pameran pertanian terbesar negara itu akan berlangsung selama 11 hari mulai 24 November hingga 4 Disember ini di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata penganjuran kali ini lebih meriah ekoran pembabitan 1,500 gerai pameran yang akan disertai agensi kerajaan dan syarikat swasta dari dalam serta luar negara.

Oleh itu, katanya, ekspo ini diharap dapat menarik lebih 3.5 juta pengunjung.

“Orang muda adalah golongan sasaran. Jadi, mereka amat dialu-alukan untuk datang dan terbabit dalam setiap aktiviti yang dianjurkan sempena MAHA 2016 selaras matlamat kementerian meningkatkan perintis dalam sektor pertanian.

“Bertemakan #OurFoodOurFuture, ekspo ini menampilkan pelbagai saluran untuk perdagangan, pelaburan, kolaborasi dan pemindahan teknologi. Ini platform ideal bagi mengenali lebih banyak maklumat dan perkhidmatan baharu dalam sektor pertanian,” katanya dalam ucaptama perasmian MAHA 2016 di MAEPS hari ini.

Dalam majlis itu, Ahmad Shabery turut mengumumkan pelantikan Upin & Ipin sebagai maskot rasmi MAHA 2016.

Beliau berkata, ekspo ini mengamalkan pendekatan serampang lima mata merangkumi keselamatan dan kedaulatan makanan, rekreasi, pemerkayaan pengetahuan, pelancongan serta kesejahteraan.

Katanya, MAHA 2016 adalah acara unggul untuk mengembangkan perniagaan secara strategik dan antara tarikan terbaharu kali ini ialah Kampung Durian Runtuh Upin & Ipin, Kampung Mak Cun, Festival Muzik Ritma Petani dan Tapak Perkhemahan untuk 5,000 remaja sepanjang 11 hari ekspo itu berlangsung. – Sofea Nawar ( WD MY)

LEAVE A REPLY