KUALA LUMPUR, 9 Okt – Prasarana Malaysia Bhd hari ini menjangka
meningkatkan sumbangan hasil daripada perniagaan bukan terasnya kepada 30
peratus tahun depan daripada 15 peratus sekarang.

Menurut Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) Datuk Azmi Abdul
Aziz berkata kumpulan itu telah memulakan penyusunan semula korporatnya bagi
menyelaraskan hasil daripada lima anak syarikatnya.

“Prasarana Integrated Management & Engineering (Prime) dan Prasarana
Integrated Development Sdn Bhd (Pride) kedua-duanya menyasar meningkatkan hasil
bukan teras kepada kumpulan.

“Pride memulakannya dengan mengewangkan aset dalam kumpulan manakala Prime
mencari peluang diluar Prasarana dan di luar negara,” katanya pada sidang akhbar
selepas merasmikan stesen monorel AirAsia-Bukit Bintang, di sini, hari ini.

Azmi berkata satu daripada inisiatif luar negara Prime termasuklah kontrak
tiga tahun untuk mengoperasikan dan menyenggara sistem metro Al Mashaaer Al
Mugaddasah dai Makkah, Arab Saudi.

Tiga anak syarikat lain, Rapid Rail Sdn Bhd dan Rapid Bus Sdn Bhd,
dipertanggungjawabkan dengan meningkatkan bilangan pengguna, manakala Prasarana
Rail and Infrastructure Projects Sdn Bhd (Praise) akan menguruskan projek masa
hadapan seperti LRT 3.-Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY