WASHINGTON, 23 Jun – Lancar…… Pihak Korea Utara melancarkan satu lagi ujian enjin roket yang dipercayai Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada program rejim itu membangunkan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM), kata pegawai.
Pihak AS percaya ujian itu, terbaru dalam siri pelancaran enjin dan peluru berpandu tahun ini, adalah tahap enjin roket ICBM paling kecil. – WD MY