KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Sedih…. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa sedih diatas kejadian yang berlaku di Forum Nothing To Hide Tun Mahathir.

Beliau berkata perkara dan kejadian sedemikian tidak wajar berlaku.

” Saya amat sedih dengan apa yang berlaku  ketika berlangsungnya majlis Nothing To Hide dan tentunya sebagai sebuah negara yang amalkan demokrasi, peristiwa itu tidak seharusnya berlaku,” kata Ahmad Zahid

Menurut beliau, pihak polis akan menjalankan tugas dan SOP untuk menyiasat perkara sedemikian berlaku di majlis berkenaan.

“Polis tentunya telah menjalankan tindakan mengikut SOP yang telah ditentukan dan kita akan mengizinkan sebarang perjumpaan, pertemuan dan perhimpunan yg diizinkan di dalam Akta Perhimpunan Aman termasuk majlis yang diadakan oleh sebuah parti pembangkang,” kata beliau.

Ahmad Zahid berkata demikian di sidang media selepas merasmikan Kongres Sedunia International Association for Hydro-Environment Engineering and Research (IAHR) disini hari ini.

Ahmad Zahid juga mengarahkan polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya.

‘Kita harap demokrasi dapat diterjemahkan dgn sebaiknya di negara ini walaupun mungkin kita berbeza pendapat tetapi tentulah kekasaran pada mana-mana individu atau tokoh tidak seharusnya berlaku.”

-WD MY