LOS ANGELES, 21 Dis – Hero……… Penyanyi terkenal 1980-an, Richard Marx, tidak menganggap dirinya hero selepas campur tangan menewaskan seorang penumpang yang mengganggu penerbangan Korean Air.
Marx dan isterinya, Daisy Fuentes, menceritakan kejadian itu di media sosial pada Selasa.
Marx dan Fuenters, bekas VJ MTV berkahwin tahun lalu. Jurucakap Korean Air mengesahkan kejadian dalam penerbangan dari Hanoi ke Seoul dan gambar dalam laman Facebook Marx dirakamkan ketika penerbangan.
Cho Hyun Mook berkata, perkara itu dalam siasatan dan anggota kru bertindak selari dengan dasar syarikat.
Marx kemudian meletakkan kemas kini berkata beliau dan Fuenters selamat tiba di rumah dan berkata beliau ‘bukan hero.’ – WD MY