PUTRAJAYA, 12 JUN – MENGAKU… Lelaki yang dikaitkan dengan video intim bersama seorang lagi lelaki didakwa sebagai menteri kabinet Azmin Ali membuat pengakuan bersumpah bahawa dia memang terlibat dalam aksi tersebut.

Haziq Abdullah Abdul Aziz yang juga setiausaha sulit kanan Shamsul Iskandar Md Akin itu mendakwa video tersebut dirakam pada 11 Mei lalu di sebuah bilik hotel di Sandakan.

Shamsul Iskandar ialah anggota parlimen Hang Tuah Jaya yang dilantik menjadi timbalan menteri di Kementerian Industri Utama selepas PH menawan Putrajaya pada 11 Mei tahun lalu.

“Saya Haziq Aziz dengan ini saya membuat pengakuan bersumpah bahawa sayalah individu bersama […] dalam video yang telah viral semalam.

“Video tersebut diambil tanpa kebenaran saya pada 11 Mei (semasa) Pilihan Raya Kecil Sandakan di (bilik) […] di Hotel Four Points,” katanya melalui rakaman video yang dimuat naik di media sosial hari ini.

Menurut Haziq, 27, yang juga lepasan jurusan undang-undang berkata dia berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia perlu menyiasat menteri terbabit.

“Saya menggesa SPRM untuk menyiasat […] atas tuduhan korupsi.

“Dia bukanlah individu yang layak menjadi seorang pemimpin,” katanya yang pernah menjadi aktivis kumpulan mahasiswa.

Media juga sudah menghubungi Haziq untuk mendapatkan kenyataannya mengenai pengakuan tersebut.

Satu rakaman video intim membabitkan dua lelaki ditularkan secara sistematik kepada beberapa wartawan dan anggota parti politik.

Melalui video itu salah seorang lelaki terbabit didakwa menteri kabinet.

Beberapa wartawan dipelawa menyertai dua kumpulan WhatsApp yang dinamakan sebagai “Jemputan Hari Raya ###” dan klip video tersebut dikongsikan di situ.

Klip video itu memaparkan dua lelaki berada di atas katil dalam keadaan bogel, melakukan beberapa aksi seksual dengan salah seorang daripadanya kelihatan seperti menyerupai menteri kabinet tersebut. – WD MY