CAMERON HIGHLAND, 7 Ogos – Restu….. Tan Sri M Kayveas hari ini berkata hasrat untuk bertanding pada PRU14 di kawasan Parlimen Cameron Highlands yang merupakan tempat asalnya.

Minat dan keazaman yang tinggi untuk pulang berbakti kepada rakyat di Cameron Highland yang mana kampung halaman beliau sendiri adalah amat mengembirakan penduduk di sini.

Kayveas yang juga Presiden MyPPP berkata tindakan beliau untuk bertanding di sini telah pun dimaklumkan sendiri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya telah meminta restu kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sebelum datang ke sini (berkhidmat kepada masyarakat), saya tidak akan sewenang-wenangnya datang ke sini jika perdana menteri tidak memberi restu.

“Saya datang ke sini untuk memberi fokus bagi memastikan BN menang di kawasan ini dan bukannya saya fokus hendakkan kerusi ini semata-mata kerana sudah lebih dua tahun saya datang ke sini memberi perkhidmatan,” katanya.

Kerusi Parlimen Cameron Highlands kini dipegang bekas Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel yang memenanginya pada PRU13.

Pada PRU13, Kayveas bertanding atas tiket BN di kerusi DUN Pasir Bedamar namun kalah kepada Terence Naidu V. Raja daripada DAP. – WD MY