BAGAN DATOH, 12 Julai – Siasat Laporan Pengedaran Dadah…..Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau akan menghubungi Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy, bagi mendapatkan maklum balas berhubung laporan mengenai wujud kawasan pengedaran dadah berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, beliau juga meminta beberapa pegawai untuk mendapatkan maklum balas mengenai dakwaan berkenaan.

“Saya akan hubungi Munusamy dan sudah meminta pegawai mendapatkan maklum balas daripada media. “Saya pasti segala maklumat berkaitan sudah ada di tangannya (Munusamy) untuk diambil tindakan yang sewajarnya,” katanya kepada media selepas menghadiri Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Hilir Perak dan Sambutan Hari Raya Jabatan Pendidikan Hilir Perak di Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh, hari ini.

Beliau mengulas laporan eksklusif media tempatan hari ini mengenai penagih dadah di ibu kota mudah mendapat bekalan mereka di beberapa lokasi di Kuala Lumpur, termasuk di satu kawasan berhampiran IPD Sentul.

Dengan menggunakan kemudahan kamera tersembunyi di beberapa lokasi penjualan dadah di lokasi terbabit. – WD MY

LEAVE A REPLY