KUALA LUMPUR, JUN 5: TIDAK….Pelakon, Aiman Hakim Ridza, 29, memilih untuk tidak masuk campur atau ambil pedulio kontroversiyang melingkari bekas kekasihnya, Fathia Latiff.

Berusaha menerapkan nilai positif dalam diri, Aiman berkata, lebih baik dia tidak ambil tahu masalah orang lain kerana semua yang berlaku itu tidak mempunyai kaitan dengannya.

“Bukan masalah saya untuk ambil tahu apa yang berlaku. Memang saya terdengar beberapa isu dikaitkan dengan Fathia, tetapi saya bukan jenis yang suka menjaga tepi kain orang lain.

“Daripada ambil peduli gosip mengenai yang diperkatakan, lebih baik saya fokus kepada diri dan kerjaya,” katanya.

Mengakui masih berkawan dengan pelakon berusia 31 tahun itu, Aiman bagaimanapun, masih belumt terfikiruntuk mencari pengganti selepas hubungan mereka kecundang di pertengahan jalan.

Bukan kecewa, sebaliknya, Aiman yang ditemui pada majlis tayangan eksklusif drama, Pelangi Cinta di sini, lebih selesa menumpukan perhatian kepada kerjaya, berbanding memikirkan soal cinta.

“Kami masih berkawan, cuma tidak lagi berhubung. Malas fikir mengenai cinta kerana ada hal lain yang lebih penting. Saya selesa begini, biarpun masih sendiri.

“Saya perlu fokus kepada kerjaya kerana banyak yang perlu dilakukan untuk membantu industri. Sebagai contoh, masalah skrip yang kebelakangan ini diambil mudah dan sambil lewa oleh segelintir pihak.

“Sebagai pelakon, saya dibayar untuk memberikan yang terbaik. Tetapi, bagaimana mahu melakukannya jika saya menerima tawaran yang boleh menjejaskan reputasi sebagai pelakon?,” katanya.

Aiman berkata, dia juga kini mahu memberikan fokus penuh kepada lakonan dan menganggap kerjaya nyanyian sebagai kerjaya sampingan.-MY WD