KUALA LUMPUR, JAN 22: TAMPAR…Bekas Pegawai Khas Perdana Menteri, Isham Jalil, hairan dengan sikap yang ditonjolkan Cef selebriti, Cef Wan susulan tindakannya yang mahu menampar Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, sedarkah Chef Wan bahawa orang yang mahu dia tampar itu merupakan insan yang banyak membantu peneroka Felda.

“Chef Wan tu siapa ya? Dia tukang masak kat mana?.

“Dan kenapa beliau nak tampar orang yang banyak bantu peneroka Felda?” katanya dalam perkongsian terbaharunya di Facebook.

Jelasnya, apa yang menggusarkan beliau adalah tindakan Cef Wan itu bakal membawa padah kepadanya.

“Saya gusar nanti peneroka Felda yang berjemaah ramai-ramai lempang Chef tu.” katanya yang juga Pengerusi Jaringan Sukarelawan Malaysia.

Puncanya, Chef Wan tidak merestui langkah Felda – semasa ditadbir kerajaan BN – memberikan imbuhan kepada peneroka yang dianggapnya rasuah.

“Sebelum pilihan raya lalu mak saya dapat RM5,000 dan anak-anak Felda dapat RM5,000.

“Mak saya kata, kerajaan bagi RM5,000 (tapi) saya cakap pada dia, saya tak nak ambil duit tu. Itu duit rasuah,” katanya kepada media.

Terdahulu cef selebriti itu hadir untuk berkempen dan mengadakan demonstrasi memasak di petempatan Felda berkenaan.

Untuk rekod Jelai adalah salah satu kawasan yang terletak di bawah kawasan parlimen Cameron Highlands dan menjadi salah satu kubu kuat BN.

Wakil rakyat bagi Jelai ialah Wan Rosdy Wan Ismail yang juga menteri besar Pahang.

Kata Chef Wan pemberian wang berkenaan tidak bermakna jika pada waktu yang lain kerajaan BN ‘merompak’ agensi terbabit sehingga bankrap.

“Macam mana kamu (Najib) boleh biarkan Felda di salah urus begitu? Come on!

“Kamu letak Isa Samad (bekas pengerusi Felda) di situ dengan tahu ada bermacam hal dia buat sebelumnya.

“Kalau dia (Isa) ada di sini I tampar muka dia,” katanya.

Tidak puas dengan kenyataan itu Chef Wan juga menyatakan dia mahu menampar Najib.

“I tampar muka Najib tu, kurang ajar!”katanya.-MY WD