KUALA LUMPUR, APRIL 3: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak seluruh rakyat untuk meningkatkan kesedaran kepada pendidikan awal kanak-kanak autisme sempena Hari Kesedaran Autisme Sedunia hari semalam.

Najib menerusi laman Twitter berkata setiap anak adalah permata negara.

“Insya-Allah, kelak mereka akan jadi penyumbang pembangunan negara,” katanya.-MY WD