KUALA LUMPUR, 16 Nov – Terima Kunci ……. Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini menyerahkan Kunci Rumah mampu milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) di Residensi Rampai.

Tengku Adnan berkata setiap Rumawip menyediakan syarat standard iaitu 3 buah bilik tidur dan 2 buah bilik air serta 1 parkir kereta.

“Dengan berkeluasan 850 kaki persegi dan dijual pada harga RM 299,900.00 seunit dengan kelengkapan 3 bilik tidur dan 2 bilik air untuk rakyat memilik rumah berkenaan, kata Tengku Adnan.

Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah mengabaikan rakyat dan berusaha menambahbaik taraf kehidupan rakyatnya.

“Projek merupakan usaha sama kerajaan dalam meningkatkan taraf kehidupan rakyatnya serta menyelesaikan penempatan semula penduduk rumah panjang Setapak Jaya pada ketika itu menduduki tapak pembangunan ini,” ┬ákata beliau dalam ucapan di sini hari ini. – WD MY