KUALA LUMPUR 18 Nov – Lencongan…. Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat 58 lencongan di sekitar ibu negara bermula pukul 7 pagi sempena himpunan jalanan yang membabitkan empat kumpulan esok.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Sing berkata, antara kawasan yang dilencongkan adalah Maybank, Bangsar; Brickfields; Masjid dan Muzium Negara; Sogo dan Dataran Merdeka; serta sekitar Bank Negara dan Parlimen.
“Orang ramai dinasihatkan supaya mengelak daripada memasuki laluan ke Dataran Merdeka kerana dikhuatiri akan berlaku kesesakan lalu lintas,katanya dalam sidang media┬ádi Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Amar Singh memberitahu, lencongan berkenaan diadakan bagi memastikan keadaan lalu lintas terkawal berikutan terdapat kawasan yang terlibat himpunan. – WD MY