KUALA LUMPUR, 7 Mac – Sekat…..Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Imigresen akan menyekat mana-mana kakitangan dan pegawai kedutaan  Korea Utara daripada keluar dari Malaysia serta Malaysia.

Ahmad Zahid berkata demikian pada sidang media di lobi parlimen sebentar tadi.

Beliau berkata tindakan itu selepas Pyongyang memutuskan menghalang pegawai dan kakitangan Kedutaan Malaysia meninggalkan Korea Utara.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, Malaysia tidak berhasrat untuk membuat tindakan balas terhadap apa yang dilakukan Pyongyang, namun ia mesej jelas bagi menunjukkan Malaysia juga tegas dalam soal menjaga keselamatan rakyatnya.

“Ini adalah arahan serta merta yang dikeluarkan kepada Jabatan Imigresen. kita tidak berhasrat lakukan tindakan balas terhadap apa yang Korea Utara lakukan kepada kita,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, Malaysia juga belum ke tahap untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Pyongyang.

“Saya yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan bawa tindakan dilakukan oleh Korea Utara ini dalam mesyuarat Kabinet,” katanya. – WD MY