PULAU PINANG, 30 Mac – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengumumkan penutupan sekolah di negeri Kedah dan Perlis susulan fenomena El Nino dan Gelombang Haba di kedua-dua negeri itu.

Di Kedah, penutupan dibuat sehari iaitu esok (31 Mac), manakala di Perlis, penutupan dibuat dua hari (31 Mac & 1 Apr).

Penutupan ini melibatkan murid, dan guru masih perlu hadir bertugas seperti biasa.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri taklimat di Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY