PUTRAJAYA, 23 Feb – Sektor pelancongan negara tidak akan terjejas walaupun kerajaan Australia mengeluarkan amaran ancaman keganasan di negara ini.

Ujar Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, beliau yakin dengan langkah keselamatan yang diambil pihak berkuasa negara ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan majlis Persidangan Meja Bulat Imam Kebangsaan 2016 – Edisi Pelancongan Masjid di sini, hari ini. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY