PETALING JAYA, 7 Mac – Salahguna……. Kerana selalu disalahguna serta gagal mematuhi etika penggunaan eskalator menjadi punca kemalangan ketika menggunakan kemudahan itu.

Pihak Pengurusan Sunway Pyramid dalam satu kenyataan berkata sebelum kejadian yang menyebabkan seorang wanita cedera kelmarin, pihaknya mendapati kemudahan itu sering disalah guna seperti membawa kereta sorong bayi melalui tangga bergerak itu.

“Kami percayai kegagalan mematuhi etika ketika menggunakan eskalator antara punca yang memburukkan lagi keadaan tangga bergerak itu sehingga wujud masalah teknikal,” kata kenyataan itu

Dalam kejadian, seorang wanita berusia 20 tahun cedera di kaki kanannya selepas tercucuk besi eskalator yang tiba-tiba terkeluar di pusat beli belah berkenaan.

Kejadian jam 4 petang ketika mangsa yang sedang menaiki tangga bergerak itu tiba-tiba terjatuh selepas kakinya tercucuk besi berkenaan.

Sunway Pyramid berkata pihaknya masih menyiasat kejadian itu bersama syarikat penyenggara eskalator dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).

Mangsa yang cedera kini sedang dirawat di sebuah hospital berhampiran pusat beli belah berkenaan dan kini berada dalam keadaan stabil.

“Sunway Pyramid memberi jaminan semua eskalator dalam pusat beli belah ini mematuhi semua jadual penyelenggaraan ┬ákerana keselamatan pengunjung adalah keutamaan kami,” katanya.

-WD MY