KUALA LUMPUR, APRIL 5: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan selamat maju jaya kepada kontinjen negara yang menggalas cabaran di Sukan Komanwel yang berlangsung di Gold Coast, Australia.

“Selamat berjaya kepada Kontinjen Negara @myTeamMAS yang akan berjuang untuk mengharumkan nama Malaysia di Sukan Komanwel 2018 #GC2018, ” katanya melalui laman Twitter rasminya, semalam.

Perdana menteri berkata beliau yakin kontinjen negara mampu mencapai sasaran pingat mengatasi pencapaian pada edisi empat tahun lepas, sekali gus mengharumkan nama negara pada temasya itu.

“Saya yakin #TeamMAS mampu capai sasaran pingat ! Malaysia #NegarakuKebanggaanku,”

Kontinjen negara terdiri daripada 178 atlet dan 95 pegawai yang mengambil bahagian pada temasya sukan itu yang membuka tirai petang ini sehingga 15 April ini.

Temasya sukan berprestij disertai 6,600 atlet dan pegawai dari 71 negara Komanwel. – MY WD