KUALA LUMPUR, 11 Sept – UPSR….. 443,794 calon menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2017 bermula hari ini sehingga 18 September depan.

Menurut Kementerian Pendidikan, daripada jumlah itu, seramai 433, 536 calon terdiri daripada calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan manakala 10,258 calon sekolah swasta.

Sebanyak 8,805 pusat peperiksaan dibuka membabitkan 51,363 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadualkan. – WD MY