KUALA LUMPUR, 26 Jan – Ucapan…. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua rakyat berbangsa Cina di negara ini.
Najib berkata, semoga tahun baharu ini membuka rahmat yang lebih baik untuk negara.
“Dalam keadaan di mana kita saling hormat-menghormati antara satu sama lain, pasti kita dapat membentuk sebuah negara Malaysia yang lebih berjaya, lebih maju dalam keadaan yang lebih harmoni…Gong Xi Fa Cai!,” katanya.
Ia disampaikan melalui video ucapan yang dimuat naik dalam laman Twitter dan Facebook beliau.Perayaan Tahun Baharu Cina akan disambut pada Sabtu dan Ahad ini. – WD MY