SHAH ALAM, 13 Dis – Kerajaan Negeri Selangor mengisytiharkan Isnin ini sebagai cuti peristiwa di negeri berkenaan susulan kejayaan pasukan Selangor menjulang Piala Malaysia buat kali ke-33.

Kejayaan skuad kendalian Mehmet Durakovic menamatkan penantian selama 10 tahun sejak kali terakhir mereka menjulang Piala Malaysia pada 2005 menerusi kemenangan 3-0 ke atas Perlis di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Keputusan berhubung pemberian cuti peristiwa itu telah mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah selain turut merujuk kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Selangor muncul juara Piala Malaysia buat kali ke-33 setelah menundukkan juara Liga Perdana, Kedah 2-0 hasil jaringan penyerang Ahmad Hazwan Bakri pada minit ketiga dan minit ke-47 pada aksi final di Stadium Shah Alam, malam ini. – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY