BANGKOK, 21 Mei – BOM……. Serangan bom disyaki dilakukan militan pemisah mencederakan sekurang-kurangnya tiga orang di selatan Thailand semalam, kata tentera.

Pemberontakan sejak berdekad di kawasan majoriti Melayu Muslim di Yala, Pattani dan Narathiwat sudah meragut hampir 7,000 nyawa sejak 2004, menurut kumpulan pemerhati keganasan itu, Deep South Watch.

Beberapa kerajaan mengadakan rundingan dengan kumpulan pemberontak untuk mencapai kedamaian, namun kebanyakan rundingan buntu termasuk di bawah kerajaan junta, ketika ini.

Dalam serangan semalam, beberapa bahan letupan diletakkan di beberapa mesin ATM dan cawangan bank di sekurang-kurangnya 14 lokasi di empat wilayah termasuk Yala, Pattani, Narathiwat dan Songkhla, kata tentera.

“Keganasan akan berlaku setiap tahun, ketika Ramadan,” kata jurucakap keselamatan wilayah, Kolonel Pramote Prom-in.

Seperti mana kebanyakan serangan di selatan Thailand, tiada pihak mengaku bertanggungjawab.

Yala, Pattani dan Narathiwat adalah sebahagian daripada kesulatanan Melayu Muslim sebelum kawasan itu diduduki Thailand pada 1909. Beberapa kumpulan pemberontak di kawasan itu berkata, mereka berjuang mahu menubuhkan negara merdeka. – WD MY