KUALA LUMPUR, DISEMBER 26: SALAH..Ekoran memberikan pengiktirafan gelaran Datuk kepada bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO,Khairy Jamaluddin dalam kenyataan rasmi Kementerian Kewangan semalam, siaran media empat muka surat itu kembali menjadi tumpuan netizen.

Masih terdapat kesalahan dalam kenyataan media Guan Eng yang dikeluarkan kementeriannya semalam.

Menurut @aliamirrazali, terdapat kesalahan ejaan dalam perenggan ketujuh kenyataan tersebut.

“Dear @MOFmalaysia, before releasing any media release, can you lot check the spellings, names and salutations/title?

“It’s PERSEKUTUAN and not PERSEKETUAN.

“Please, it’s making our Finance Minister look stupid (Tolonglah, ia membuatkan Kementerian Kewangan nampak bodoh),” ciap beliau di Twitter Kementerian Kewangan @MOFmalaysia.

Dalam muka surat ketiga itu jelas tertulis kesalahan ejaan pada perkatakan Persekutuan yang ditulis Perseketuan.

“Saya juga ingin menyatakan bahawa dakwaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa Kerajaan telah mengenakan cukai jualan sebanyak 30 sen seliter ke atas petrol RON95 sejak November 2018 adalah tidak benar.

“Jumlah kutipan cukai jualan sebanyak RM120 juta seminggu untuk petrol produk RON95 seperti yang diterima oleh kerajaan juga adalah palsu.

“Fitnah beliau adalah sama dengan dakwaan sebelum ini bahawa 1MDB menguntungkan Malaysia apabila satu dunia tahu bahawa 1MDB adalah salah satu terbesar kejahatan dalam sejarah yang membebankan Malaysia dengan hutang kerajaan perseketuan lebih RM1 trilion,” tulis kementerian itu.

Komen balas itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

@ariffeuer berkata “Pernah ke pandai?” sindir beliau.

Malah ada juga yang mempersoalkan individu yang bertanggungjawab menulis kenyataan berkenan bagi pihak Guan Eng.

“Obviously (jelas) bkn penjawat awam (yang tulis)..team lain,” komen @Azhari_H.

Semalam Khairy Jamaluddin sempat mengusik Guan Eng ekoran kesilapan yang dilakukan dalam kenyataan Ahli Parlimen Bagan itu.

Dalam perenggan ketujuh juga, Guan Eng tersilap merujuk kepada Khairy sebagai “Datuk Khairy Jamaludin”.

Dalam perenggan tersebut, Guan Eng berkata Khairy antara ahli kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengakui masalah bayaran balik GST wujud, sekaligus menyangkal kenyataan bekas Perdana Menteri itu. – MY WD