CAMERON HIGHLANDS, 7 Ogos – Tukar……  Tan Sri M. Kayveas selaku Presiden MyPPP berkata parti itu bersedia menukar dua kerusi tradisinya dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) atas semangat kerjasama dan perpaduan.

Dua kerusi tersebut ialah Parlimen Kepong di Selangor dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Bedamar di Teluk Intan, Perak yang akan diserahkan masing-masing kepada Gerakan dan MCA.

Beliau telah mengadakan perbincangan mengenai pertukaran kerusi itu dengan Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong serta Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

“Presiden MCA bersetuju untuk menyerahkan kepada MyPPP mana-mana kerusi sama ada Parlimen atau DUN dan keputusan mengenai perkara itu akan diumumkan kemudian, manakala kita telah bersetuju menyerahkan Parlimen Kepong kepada Gerakan.

“MyPPP bukan parti yang mementingkan kerusi sebaliknya adalah sebuah parti yang mementingkan perpaduan dan semangat kerjasama antara parti komponen BN bagi memastikan kemenangan pada PRU14,” katanya. – WD MY